001
Hye dan Assalamualaikum…
First of all aku nak
ucapkan tahniah kat junior-junior yang dapat sambung belajar kat UiTM J
Ok kat sini aku nak cita
la apa yang akan ampa belajar bagi kos BM118, Office Management and Technology.
Macam aku, aku dapat kat Cawangan Kedah, So dekat la sikit aku dok ulang aling
balik Perlis kan, hahaha…ok move forward.
Ni senarai subjek yang akan
hampa belajar bagi tempoh dua tahun setengah, which is, 5 sem. Hampa boleh
tengok la kat gambar yang aku bagi ni.
SEM
1,
subjek-subjek
yang akan ampa belajar adalah :
1. ELC120
- English, lebih focus kepada
listening, which is ujian mendengar la. X susah pon, lecturer akan ajar, so don’t
worry okay.
2. CTU101
- Adalah subjek Agama
Islam, kelas ni ampa kena pakai baju kurung la setiap kali ke kelas.
3. HBU111
- Ni koko, ampa boleh
pilih nak ambik koko apa, macam-macam ada. Ampa kena ambik koko ni selama 3
sem, sem 4 dan 5 ampa dah bebas dari koko, boleh balik awai, habis ja kelas,
hari khamis, boleh balik.
4. MAT111 - Mathematic, macam mana ampa
belajar time sekolah dulu, ha sama ja, Cuma dia lebih focus kepada business, x
susah, ramai yang dapat A+ (banyakkan latihan ja geng)
5. OBM121
- Yang ni pulak setiap
kali ampa ke kelas selalunya lect akan wajibkan ampa pakai heel (2 inch),
makeup (basic makeup ja) dan pakaian kemas.
6. OBM121
- Typing. Ni la kelas yang akan
ajar ampa menaip menggunakan 10 jari without looking at the keyboard. Menarik
kan? Ni lah skill yang student OM ada, student lain x dak.
7. OBM131
- Kelas yang akan ajar
pasal pengurusan pejabat, which is our course.
SEM 2
subjek-subjek
yang akan ampa belajar adalah :
1.
ELC150 - English, yang ni pulak Reading, baca
berdasarkan teks. Kesinambungan daripada ELC120.
2. CTU151
- Pendidikan Islam,
lebih kepada penempatan terdahulu.
3. HBU121
- Koko sem 2.
4. BBM110
- Bahasa Melayu, tapi
lebih focus kepada pejabat, kena buat kad jemputan, kena buat report untuk
event yang ampa nak buat, event ni x wujud pon, cuma ampa kena buat report
macam betui-betui ada event, dan ada meeting.
5. OBM155
- subjek ni ampa kena
review video dan ambk pengajaran, nilai-nilai murni dalam video tu. Video akan
diberi oleh lect, bukan pilih sendiri tau.
6.
OBM172 - kesinambungan daripada kelas OBM121
7.
OBM182 - Yang ni juga kesinambungan daripada kelas OBM131.
SEM
3
subjek-subjek yang akan ampa belajar
adalah :
1. ELC230
- Sem ni lebih focus kepada writing, berapa ratus perkataan
tah, aku pon lupa. Yang ni juga kesinambungan daripada ELC150.
2. TMC101
- Mandarin, subjek ni
lah yang semua student OM dok tunggu-tunggu, sebab kos lain, semua dah ambik
masa sem 1 dulu, kita ja ambik sem 3 baru nak ambik. Actually, third language
ni, kat Uitm Kedah tak silap aku, ada Mandarin dan Bahasa Arab ja. Kebanyakan
student nak ambik Mandarin, tapi full, so kena la ambik Bahasa Arab. Tapi,
jangan risau, kos OM memang wajib ambik Mandarin.
3. CTU263
- Pendidikan Islam juga
4. HBU131
- Our last sem of koko.,
yeay!
5. ECO120
- Ekonomi. Bagi yang
tak pernah ambik, memang akan rasa susah, macam aku la, rasa susah gila, tapi
tips aku, banyak kan buat latihan, download ja past exam kat portal.
6. COM165
- Public Speaking, ni
salah satu subjek kegemaran aku. Just cakap ja, akan ada tiga task yang
memerlukan ampa bercakap.
7. OBM200
- Ni juga kesinambungan
daripada kelas OBM172.
8. OBM247
- Record Management. Ampa
akan belajar macam mana nak simpan rekod-rekod.
SEM 4
subjek-subjek
yang akan ampa belajar adalah :
1. TMC151
- Mandarin level 2. Kesinambungan
daripada kelas TMC101.
2. ENT300
- Entrepreneurship,
buat business sendiri. Ringan ja subjek ni.
3. ELC270
- Kesinambungan daripada
kelas ELC230.
4. CSC134
- Yang ni kelas Cs. Ampa
akan belajar pasal dalam-dalam computer, agak memeningkan, dan akan belajar
cara nak insert nama banyak-banyak macam buat sijil tu.
5. OBM25
- Office Software.
Paling best, ampa akan belajar macam-macam, html, buat flyers, buat magazine,
guna Microsoft Office Publisher, Project.
6. OBM260
- apa yang ada dalam
pejabat, perangai-perangai dalam pejabat, bos ka pekerja ka,ampa akan belajar
la.
SEM 5
Subjek-subjek
yang akan ampa belajar adalah :
1. ACC106
- Account. Basic macam
mana ampa belajar waktu SPM. Bagi ampa yang tak pernah ambik macam aku,
mula-mula memang susah nak faham term-term account kan, lama-lama ok la.
2. OBM301
- Research. Cari info-info
kat internet. Yang ni lect akan ajar, page mana yang boleh ambik, page mana
yang tak boleh.
3. OBM310
- Event. Ampa kena
handle event. Bincang elok-elok nak buat Event apa, satu kelas wajib bersatu, x
boleh banyak kepala, susah Event ampa nak jalan.
4. OBM320
- Ni kira kelas typing
juga, Cuma lebih focus macam mana ampa nak jadi secretary, nak isi time table, tempah
tiket kapal terbang.
5. OBM340
- Law. Undang-undang
dalam pejabat.
6. OBM345
- Kesinambungan daripada
OBM182.
*Kesinambungan tu kalau ampa sangkut (fail) kat mana-mana,
contoh ampa sangkut kat sem 1, subjet kesinambungan yang sem 2, ampa x boleh
ambik, kena ambik balik subjek sem 1.
*ok habis dah,
Road to Convo, yeay!!
*Doakan aku
terbuka hati nak sambung Degree, sebab aku 50-50, huhu.
apa beza bm118 dan ba118?
ReplyDeletehey nak tanya macam setiap semm senang tak??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTak jwp pun soalan kawan tu? Dah ambik degree lum?
ReplyDelete